Saturday, September 8, 2012

SOTONG GORENG BERDAKWAT


Salam semua...sawadikappp....Hari Isnin nanti deligasi dari Thailand nak datang melawat kolej komuniti tempat Kak Fatim mengajar..Kenalah training cakap Thailand pulak..

Haa.. ni resepi baru. Takut tak dengar nama masakan tu? Serius, memang itulah namanya.

Baiklah, bahan-bahannya seperti di bawah:

1 kati sotong siap diproses (Kak Fatim buang kulit luarnya, matanya, tulang dan giginya sekali)
2 biji bawang besar dimayang
1 biji cili merah
Sedikit daun bawang dipotong panjang2
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Kacang pin (buncis) dipotong pendek-pendek
Dakwat sotong dari seekor sotong sahaja. (yang lain-lain buang tau.. jangan ambik semua sekali nanti jadi sotong masak negro pulak..)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara-cara membuatnya:

1. Semasa memasak jangan lupa amalkan adab memasak beserta doa-doanya sekali (boleh ambil dalam entry-entry yang sebelum ni. Tak sempat pula nak ulang tulisnya sebab lately kalut sangat2).

2. Pijarkan minyak di dalam kuali.

3. Setelah panas, masukkan semua bahan kecuali kacang buncis. Kacau rata-rata. Jangan lupa masukkan buntil dakwat sotong tu. Dia akan pecah dalam kuali dan kuah sotong akan menjadi hitam.

4. Sebaik sotong mengecut dan mengeluarkan airnya, masukkan kacang buncis.

5. Kacau dan tutup api.

6. Boleh dihidang. Bismillah..

** Petua memasak makanan laut:  Semua makanan laut seperti udang, sotong dan ketam hendaklah dimasak dengan api yang panas dan sekejap sahaja. Untuk sotong, kalau boleh jangan masukkan air sebab ia kan mengeluarkan air yang banyak. Jangan tudung periuk semasa memasak semua makanan laut. Kalau tutup dan lama..InsyaAllah liatlah jadinya. (petua ni Kak Fatim dapat dari Chef Florence yang iklan minyak Neptune tu..)

 

5 comments:

  1. terima kasih 4 d resepi..anak2 suka..
    jom singgah ke blog saya http://mamaanisshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih for the resepi,dengar nama nya resepi pon mcm suspen je coz ada dakwat2 tu...huhu3

    feel free to bw at my blog k
    http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/tlctop-leaders-circle.html

    ReplyDelete
  3. Sedap nya. Terliuq. Hubby plak xmakan sotong. Huhu. Cuci maya je la.hehe.

    Visit me back k nurhudakassim.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fyoutu.be%2FOBUuamUkp0s&h=uAQGtUBxF

    ReplyDelete
  5. Assalam
    Kalau di bahagian selatan ni ada orang panggil sotong masak hitam .. hehe
    Betul tu, kalau memasak makanan laut, jangan terlalu lama, nanti dia liat dan jus serta rasanya tidak lagi manis.
    Resepi ni nostalgia sebab kami adik beradik amat suka makan masakan ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...