Monday, June 12, 2017

Mee Udang Nyonya



Assalamualaikum semua, apa khabar,

Sedar tak sedar dah bertahun kak Fatim tak update resepi. Mood hilang, kalut kerja, macam-macamlah. Beberapa hari ni ada resepi baharu, alhamdulillah. Kak Fatim pun tengah dalam proses belajar buat video, jadi timbullah semangat balik nak update resepi.

Masakan hari ni namanya Mee Udang Nyonya. Kak Fatim belajardari beberapa orang yang berbeza dan alter sikit resepinya bagi lebih senang. Hasilnya,lebih kurang je. Mungkin lebih sihat kot berbanding resepi asal sebab tak pakai kulit udang. Maklumlah suami kak Fatim kan kena gout, risau jugak.

Yang penting bila masak banyakkan berdoa dan berzikir. InsyaAllah menambah berkat. Jangan lupa adab-adab memasak; tutup kepala, baca doa masuk dapur yang dah banyak kali Kak Fatim masukkan dalam post sebelum ni, doa pasang api, zikir memasak (istiqfar dan selawatnya). Kalau yang belum tahu, cuba baca dalam post kak Fatim sebelum ni ye..

Bahan-bahannya (hidangan untuk 10 orang) :

Mee kuning 2 bungkus
Udang lebih kurang 30 ekor - digoreng
Sayur kangkung -dicelur
Taugeh - dicelur
Telur -direbus
Tomato - dihiris nipis
Limau nipis - dihiris
Cili merah - dihiris nipis
Bawang goreng untuk ditabur

Bahan Kuah:
Udang kecil semangkuk
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 10 ulas
Cili kering 30 biji (buang bijinya)
Kicap pekat 1 sendok
Kicap manis 1sendok

Cara memasak:

Cara memasak lengkap, step by step semua Kak Fatim dah masukkan dalam video ni. Rasanya lebih lengkap kalau tengok video daripada baca langkah demi langkah. Al maklumlah, kak Fatim kan baru belajar buat video..ha  ha..Jangan marah cek noh..

Ni link dia :

NYONYA PRAWN MEE


Mee ni memang sedap dan lajak je memakannya walaupun gambarnya tak lawa, InsyaAllah.https://www.youtube.com/watch?v=cC2ZIn2FluM&t=218s
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...