Monday, January 10, 2011

18. Asam Pindang Pedas Desa Puri

Salam semua,

Resepi baru lagi... Boleh cuba.. InsyaAllah sedapppp . Kalau dah start makan, tak toleh kiri kanan. Tahu-tahu dah habis sepinggan. Resepi kali ini sebenarnya ilham dari seorang kawan Kak Fatim. Katanya ini asam pedas Kelantan. Tapi bila makan, Kak Fatim tak berapa suka rasanya. Pedas sangat. Kak Fatim pun modified dengan memasukkan unsur-unsur asam pedas Penang ke dalam masakan tu. Bila hidang tengahari tu, memang 'lajak' kami makan. Suami Kak Fatim siap hirup kuah sekali. Mungkin kena dengan selera lah agaknya. Jadi Kak Fatim fikir, elok juga Kak Fatim share resepi ni. Boleh juga adik-adik mencuba..

Bahan-bahan:

Sekati ikan kembung - diproses dan dibersihkan dengan disertai selawat

Bahan untuk dikisar :

1 inci halia
1 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
6 biji cili api
1 sudu makan belacan
6 ulas bawang merah

Bahan lain:

4 keping asam keping
2 kuntum bunga kantan dibelah 2
2 biji buah tomato dibelah 4
Garam secukup rasa
Gula kerek secukup rasa
Air masak -lebih kurang 4 gelas
Daun cendehom - 3 tangkai

Tatacara memasak (mengikut kaedah sunnah):

1. Masuk dapur, pakai tutup kepala dan bacalah doa aga dipermudahkan kerja:
                       "Rabbana atina milladunka rahmataw wahaiyiklana min amrina rashada"

2. Letak periuk di atas tungku dapur dan pasang api, bacalah doa ini:
                      " Allhumma la aisya illa aisul akhiroh, faqfirli ansori wal muhajiroh"

3. Tuang bahan yang dikisar bersama sedikit air.

4. Masukkan asam keping dan bunga kantan dan kacau perlahan. Biar hingga agak kering.

5. Masukkan air, garam dan gula. Kacau hingga mendidih.
        Baca zikir memasak iaitu:
               "Laisalaha min dunillahi kashifah" - berulang kali
               " Selawat - 3x
               " Istiqfar - 3x

6. Masukkan ikan dan buah tomato. Biar hingga mendidik sekali lagi. Kemudian tutup api. Taburkan dengan daun cendehom. Boleh dihidang. Bismillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...