Tuesday, September 28, 2010

2. Masak Hijau Tok Ngah At

Salam,
Kak Fatim namakan gulai ini sebagai Masak HijauTok Ngah At kerana setiap kali kak Fatim buat masak hijau saja, kak Fatim akan teringat pada arwah tok Ngah At, tok sedara kak Fatim yang dah lama meniggal dunia. Di rumah dialah kak Fatim pertama kali dijamu dengan masak hijau. Isteri dia yang masak, namanya Tok Ngah Putih. tapi resepi yang ni kak Fatim dapat dari orang lain. Bukan dari dia. Masakan ni adalah masakan dulu-dulu yang sekarang ni sangat jarang dijumpai. Dah pupus dengan perginya Tok Ngah At dan orang-orang tua kita. Elok sangatlah kalau cuba masakan ni.

Bahan-bahannya:

a. Untuk direbus:
Satu kilo daging batang pinang, dihiris sebesar ibu jari.
10 biji bawang besar dibelah 4 jangan putus
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kulit kayu manis
6 biji cabai hijau
6 biji buah keras ditumbuk
1 sudu makan gula batu
Air untuk merebus

b. Bahan untuk ditumis:
10 Ulas bawang merah dimayang
5 Ulas bawang putih dimayang
Halia sebesar ibu jari dihiris
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga.
Minyak untuk menumis

c. Bahan lain:
Santan secukup nya
Serbuk kunyit secukupnya
Daun bawang dipotong panjang
Sedikit cabai hijau untuk hiasan
Garam secukup rasa

Kaedah Memasak (mengikut sunnah):

1. Masuk dapur bacalah doa ini (untuk mempermudahkan kerja):
" Allahumma rabbana aatina milladunka rahmataw wahaiyiklana minamrina rashada" (doa ini dari Surah Alkahfi )

2. Pakai tutup kepala.

3. Basuh daging sebersih-bersihnya (jgn lupa selawat)

4. Nyalakan api, baca doa ini:
" Allahumma la aisya illa aisul akhiroh, faqfirli ansari wal muhajiroh"

Semasa memasak bacalah zikir ini:
" Laisalaha mindunillahi kashifah" ulang2
Istiqfar 3x
Selawat 3 x

5. Rebus daging dengan Bahan A sehingga empuk. Semasa empuk bahan lain yang direbus sekali sepatutnya hancur/ lunyai.

6. Masukkan santan. Anda akan lihat masakan anda menjadi coklat kehijauan.

7. Masukkan kunyit serbuk sedikit-demi sedikit sehingga masakan anda menjadi warna hijau muda.

8. Tumis semua Bahan-bahan B sehingga garing dan tuang ke dalam masakan anda (tumis darat). Kacau dan tutup api.

Masakan anda menjadi kehijauan dan cantik. Hias dengan daun bawang dan cabai hijau.

Sedap?? Sedap itu datangnya dari ALLAH SWT. hanya ALLAH bisa menyedapkan masakan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...