Thursday, September 30, 2010

3. Masak Asam Tumis Taucu Ibu Mertuaku

Salam semua, hari ni Kak Fatim ingin memperkenalkan satu jenis masakan yang mungkin tiada siapa di kalangan pembaca sekalian yang pernah memakannya. Masakan ini diajar oleh ibu mertua kesayangan Kak Fatim. Masakan ini memang enak. InsyaAllah. Tapi ikannya kena jenis yang agak mahal. Cuma ikan tertentu sahaja yang sesuai dibuat masakan ini. Boleh cuba resepi di bawah:

Bahan-bahan:

1. 5 Ketul isi ikan parang/kerisi/jenahak/pisang
atau kacang-kacang(baracuda)
2. Air asam jawa secukupnya (diperah
menggunakan air yang telah dimasak sahaja)
3. Kacang bendi -10
4. Taucu (pastikan yg muslim)-3 sudu makan
5. Cili giling - 2 sudu makan
6. Garam kasar
7. Sedikit gula (jika suka)


Bahan untuk menumis:
1. Bawang merah -7 ulas
2. Bawang putih- 5 ulas
3. Halba campur -satu sudu teh
4. Daun Kari - 3 tangkai
5. Minyak masak untuk menumis

Cara-cara Memasak (Mengikut sunnah)

1. Masuk dapur, pakai tutup kepala, baca doa ini (utk memudahkan kerja):
" Rabbana atina milladunka rahmataw wahaiyiklana min amrina rashada" (surah Al Kahfi)

2. Basuh ikan, selawatkan berulang kali.

3. Pasang api, baca doa ini:
" Allahumma la aisya illa aisul akhiroh, faqfirli ansori wal muhajiroh"

4. Tumis semua bahan untuk menumis sehingga garing, sebaiknya masukkan daun kari
kemudian kerana bahan ini mudah hangit.

5. Kemudian, masukkan cili giling, kacau dengan api perlahan. Baca zikir masak :
" Laisalaha min dunillahi kashifah" berulang kali.

6. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa (pastikan air yang digunakan telah dimasak kerana air yang belum dimasak jika dimasukkan ke dalam masakan untuk memperbanyakkan kuah akan menyebabkan masakan menjadi payau).

7. Apabila mendidih, masukkan ikan, biarkan mendidih sekali lagi.

8. Masukkan sedikit bahagian garam kasar (jgan terlebih kerana taucu juga masin) dan sedikit gula jika suka(garam halus juga menyebabkan kuah berasa sedikit payau).

10. Masukkan kacang bendi dan 3 sudu taucu, kacau dan tutup api. Boleh dihidang. Bismillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...