Sunday, September 26, 2010
1. Ayam Goreng Berempah Ala Kak Fatim
Ayam goreng berempah ini Kak Fatim buat untuk makan dengan nasi ayam. Sebabnya suami kak Fatim tu dia tak boleh makan nasi ayam yang jual kat kedai. Sebab ayam kat kedai tu katanya tak well cook dan kadang kadang berbau ayam tak masak. Jadi kak Fatim masaklah sesuatu yang menyukakan suami kak Fatim. Mudah-mudahan bila suami suka, Allah pun suka pada kak Fatim.
BAHAN-BAHAN:
Satu ekor ayam dipotong 12 (dikelar)
Dua sudu makan tepung jagung
Satu batang serai
Seinci kunyit hidup
Halia sebesar ibu jari
5 ulas bawang merah
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh halba ditumbuk
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika suka
Kaedah Mengikut Sunnah:
1. Masuk dapur pakai tudung kepala, baca doa ini :
" Allahumma rabbana atina milladunkarahmataw wahaiyiklana min amrina rashada"
2. Ayam dibuang kulit sebahagiannya dan juga diasingkan bahagian dalamnya.
Cuci dan baca selawat. Untuk menghilangkan bau sebaiknya cuci dengan menggunakan sedikit tepung.
3. Kisar semua bahan di atas dan perapkan bersama ayam selama 1 jam.
Tutup mangkuk perap untuk mengelakkan pencemaran.
4. Pasang api dan baca doa ini:
"Allahumma la aisya illa aisul akhirah, faqfirli ansari wal muhajirah"
5. Goreng ayam sehingga keperangan. Baca:
Zikir : "Laisalaha mindunillahi kashifah" sepanjang memasak.
Selawat 3 x
Istiqfar 3 x
Sebahagian ayam akan kelihatan sedikit kehitaman kerana rempah menjadi garing.
Sedia untuk dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment