Thursday, September 30, 2010

4. Som Tam Terima kasih Semua
















Salam sayang semua,

Kali ini kak Fatim nak tunjukkan cara membuat Som Tam. Som Tam ini kak Fatim namakan sbg Som Tam Terima Kasih Semua kerana sgt ramai yang memberi petua kepada Kak Fatim, dari orang kedai tom yam, petua internet dan kawan-kawan. Selepas kali ke-6 kalau tak silap, barulah Kak Fatim berjaya buat yang rasanya sipi-sipi macam kat kedai. Tapi suami kak Fatim memang suka sangat dengan som tam ni, itulah yang memberi semangat utk Kak Fatim teruskan usaha belajar buat Som Tam. Mudah-mudahan Allah redha kak Fatim dengan redhanya suami. Jadi, terima kasih semua yang mengajar Kak Fatim. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Bahan-bahan:

1 biji buah betik putik, yang masih putih isinya diparut.

4 biji cabai melaka (cili api).
3 ulas bawang merah (dibuang kulit)
3 ulas bawang putih (dibuang kulit)

Segenggam udang kepal(udang buat belacan tu,jerangau kata org Melaka)
Asam limau nipis- satu biji
Kacang tanah siap digoreng, lebih kurang 20 biji

Kicap sotong. (sebenarnya ini fish sauce cap sotong tp semua orang Thailand panggil kicap
sotong. ia dibuat dari ikan bukan sotong. Muslim thailand mengunakannya secara meluas.
InsyaAllah halal)

Garam secukup rasa
Gula kerek (gula Som Tam dari thailand. Kalau tak ada pakai gula biasa pun ok)
Ikan bilis goreng (optional)

Kaedah membuatnya, mengikut sunnah:

1. Masuk dapur pakai tutup kepala dan baca doa ini:

"Rabbana atina milladun karahmataw wahaiyiklana minamrina rashada" (surah al kahfi)

2. Buang kulit betik dengan arah pisau menghala ke anda (cara sunnah mengupas buah, kena
belajar cara ini dari orang india). Pakai peeler guna tangan kiri pun boleh.

3. Parut betik. Cari pemarut yang menghasilkan parutan yang halus dan panjang. Bukan pipih
seperti pemarut carrot.

4. Tumbuk cabai melaka, bawang putih, bawang merah, udang, sedikit garam dan gula kerek jika beku (kalau gula itu cair, masukkan kemudian)

5. Masukkan betik yang telah diparut dan kacang tanah, tumbuk perlahan. Jangan hancurkan
kacang tanah, cuma pecahkan sedikit sahaja.

6. Masukkan kicap sotong dan air limau nipis.

7. Gaul semua bahan dan tabur ikan bilis goreng bila semasa dihidang.

Cara-cara memakan som tam:

Maaf semua, belum habis lagi ni. Som tam ni ada cara nak memakannya. Dia bukannya dimakan dengan nasi macam kita makan kerabu mempelam. Begini caranya:

Som tam dimakan satu set dengan ulaman mentah yang rangup seperti kacang panjang, kobis cameron, kacang kelisa dan kangkung mentah. Mula-mula baca doa makan buah dulu, sebab som tam ni buah bukan?

" Allahumma bariklana fi samarina"

Selepas itu suapkan satu sudu som tam, kunyah separuh dan masukkan sedikit ulaman di atas ke dalam mulut dan kunyah, barulah ditelan. Anda akan dapati rasa som tam berubah menjadi berbeza-beza bila dikunyah sayur yang berlainan. Memang pelik tapi menarik. Kuasa Allah SWT. Som tam ini memang baik untuk perut sebab betik mengandungi ada enzim papain. Walaupun ulamannya agak jenis berangin, bila dimakan dengan som tam InsyaAllah tak ada masalah. Bismillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...