Saturday, December 18, 2010

16. Ayam Masak Lemak Cili Api



Salam semua, apa khabar? Kak Fatim Alhamdulillah, sihat. Tapi kadang-kadang tu pening juga...maklumlah terlebih zat..


Dah lama juga Kak Fatim tak masukkan entry dalam blog ni. Alhamdulillah hari ni Allah SWT beri peluang. Hmm.. resepi apa pulak ye? Oh ya dah tertulis kat atas, ayam masak lemak. Masakan ni memang kesukaan keluarga Kak Fatim di kampung, tak tahulah pula siapa yang mula masak resepi ni. Mungkin Kakak Kak Fatim yang kedua tu. Dia memang pakar memasak.

Baiklah, resepinya:

BAHAN-BAHAN 


1 ekor ayam, dipotong 12, dicuci dan diselawatkan.
2 inci lengkuas
1 biji bawang besar (saiz besar)
7 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup
3 batang serai dititik
5 keping asam keping
15 biji cili api
2 biji tomato dibelah 4
3 tangkai daun limau purut
2 sudu makan jintan putih
santan kelapa secukupnya
2 gelas air
Garam secukup rasa

Tatacara memasak mengikut sunnah:

1. Masuk dapur tutup kepala dan bacalah doa  :
"Rabbana atina milladunka rahmataw wahaiyiklana min amrina rashada" - surah Al kahfi

2. Kisar cili api, lengkuas, bawang besar, bawang kecil,jintan putih dan kunyit hidup. Setelah itu tuang ke dalam periuk.

3. Pasang api bacalah doa ini :
" Allahumma la aisya illa aisul akhiroh, faqfirli ansori wal muhajiroh"

4. Kemudian masukkan serai dan asam keping, perlahankan api dan masak campuran yang dikisar sehingga kering.

5. Setelah kering, tuang  2 gelas air dan kacau. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan kacau rata.

6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau, biar hingga mendidih. Bacalah zikir dan doa masak iaitu:
Subhanallah - 3x
Astaqfirullahal azim - 3x
Laisalaha mindunillahi kashifah - berulang-ulang kali.


7. Setelah mendidih dan ayam lembut , masukkan santan pekat dan kacau rata. Jangan tinggalkan dapur ketika ini kerana jika tidak dikacau rata, masakan akan pecah lemak dan gulai akan kelihatan tidak cantik.

8. Setelah mendidh selama 2-3 minit, tutup api dan taburkan potongan buah tomato dan daun limau purut.
Sedia untuk dihidang. Bismillah...

1 comment:

  1. Salam kak fatim, nak lagi sedap, kecutkan dulu ayam tu dengan bahan2 yg akak kisar tu... bile dah kecut, masukkan santan dan kacau, then reneh sampai masak, kecut tu maksud saye, kite masukkan ayam tu awal2, gaulkan ngan bahan2 yg dikisar tu, then biar la sekejap sampai ayam tu kecut :)

    Ayam tu lagi elok kalau kite salai sikit, supaya segala bulu2 yg tak tercabut akan hilang, dan ayam pon jadi sedap, x hanyir especially ayam kedai(ayam injek)... kalo gune ayam kampung, bile kite salai dulu lagi la sedap he3..

    lagi satu lebihkan santan... ni style orang n9 masak, saje kongsi ngan akak he3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...