Thursday, December 2, 2010

15. Mee Udang Nyonya Style.




Salam adik-adik semua,

Hai.. rasa bersemangat pulak Kak Fatim hari ni, baharu 2 hari lepas Kak Fatim masukkan satu entry, hari ni masukkan lagi entry baru. Sebenarnya Kak Fatim takut terlupa resepi tu, kalau biar lama-lama tak mustahil boleh terlupa.

Ha.. hari ini kak Fatim nak tunjukkan satu resepi yang... anak Kak Fatim, si Nabil tu kata 'sedapnya mama'. Tak tahulah betul ke tidak kata-kata anak Kak ni.. Nama resepi ni ialah Mee Udang Nyonya Style.

Bahan-bahannye:

Sebungkus Mee kuning - dicelur dan disejat.
1/2 kilo Udang kertas/ harimau

Bahan untuk di tabur di atas mee:
5 biji Telur -direbus dan dibelah dua
Segenggam Taugeh - dibiar mentah
3 biji Cili merah-dihiris nipis
3 biji Buah tomato-dihiris nipis
Sayur Kangkung - direbus
Cucur udang (optional-kalau masukkan ini nama resepi bertukar jd Mee Udang Nyonya & Mamak style)


Bahan Kuah:
10 tangkai cili kering - dibuang biji dan direbus terlebih dahulu
Segenggam Udang kepal (gerangau)
Kicap pekat secukupnya
1 labu bawang putih
Garam dan sedikit gula

Tatacara (mengikut sunnah):

Masuk dapur bacalah doa ini:
"Rabbana atina milladunka rahmataw wahaiyiklana min amrina rashada"

Pasang api bacalah doa ini:
"Allahumma la aisya illa aisul akhiroh, faqfirli ansori wal muhajiroh"

Membasuh makanan bacalah selawat.

Ketika memasak bacalah zikir ini :
"Laisalaha min dunillahi kashifah" - berulang kali
Selawat -3 x
Istiqfar -3x

1. Udang dibuang janggutnya dan dicuci bersih.

2. Kupas kulit udang dan kukus isinya sahaja (tak lebih 15 minit). Pastikan periuk kukus bersih kerana air kukusan di bawahnya akan digunakan.

3. Goreng kulit udang, udang kepal dan bawang putih yang dipotong dadu.

4. Kisar cili yang telah direbus bersama udang kepal dan bawang putih yang telah digoreng garing (jgn kisar kulit udang).

5. Ambil air kukusan tadi. Air kukusan ini akan dipenuhi dgn titisan air udang yang menitik semasa dikukus (warnanya kemerah-merahan). Rebus kulit udang yang telah digoreng di dalam air ini. Kemudian, buang kulit udang, air rebusan dibiarkan di atas dapur.

6. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, biar hingga cukup panas.

7. Tumis bahan yang telah dikisar, kacau selalu sehingga cukup masak (pecah minyak).

8. Setelah pecah minyak (agak garing) masukkan kuah udang tadi dan kacau sebati. Tambahkan air masak untuk memperbanyakkan kuah. Biar hingga mendidih.

10. Setelah mendidih, masukkan kicap pekat, garam dan gula.

11. Tutup api. Mee anda sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...